Semua ini bermula apabila berlaku kemalangan maut melibatkan 3 remaja bergesel sesama sendiri sehingga mendapat liputan dimuka hadapan akhbar Klik.Tidak dinafikan keadaan jalan yang lurus serta luas menjadi tempat untuk " mat rempit " beraksi.
Lebih menyedihkan lagi apabila ada tokoh parti politik menyatakan sukan pemotoran yang dianjurkan oleh MBFJ dan JMC menjadi punca kepada remaja merempit dan mengubah suai motorsikal mereka. Ini menyebabkan peminat sukan pemotoran khususnya para belia menyangkal dakwaan tersebut.
Tidak perlu dinyatakan kebaikan sukan permotoran seperti Jengka Drag Challenge 2011 & Jengka Drag Challenge 2011 (series 2) yang dianjurkan oleh JMC bersama MBFJ mendapat sokongan dari pihak pengurusan tertinggi Felda untuk membina Trek Khas untuk sukan pemotoran di Wilayah Jengka tidak lama lagi. Tahniah kepada JMC dan MBFJ kerana dapat menarik minat para belia wilayah jengka dalam sukan pemotoran ini. Akhir kata anda hanya perlu klik sini untuk membaca pandangan dari peminat-peminat sukan pemotoran mengenai sangkaan terhadap penganjuran sukan pemotoran ini. Nantikan Jengka Drag Challenge 2011 (Series 3) tidak lama lagi.
No comments:
Post a Comment